• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Rabu 04 Okt 2023
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Klik untuk Pengenalan JPH | DHF | DUP |

Tel.: +609 565 9000 / 9099

 

4 x PERTEMUAN BERSEMUKA DAN 12 x ATAS TALIAN

 

 

Program BLOC-DUP di PMKu dilaksanakan dalam 6 semester (3 tahun pengajian) termasuk Latihan Industri di semester akhir.

Dalam satu semester terdapat 16 minggu bagi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sepanjang semester terdapat 4 x minggu pertemuan bersemuka iaitu pada Minggu 1, 8, 15 dan 16, DAN 12 x minggu atas talian iaitu pada Minggu 2-7 dan Minggu 9-14.

 

Minggu Transformasi Siswa (MTS):

Bagi pelajar semester 1, MTS / Minggu Suai Kenal pelajar perlu berada di PMKu selama seminggu sebelum kuliah berlangsung. MTS diadakan untuk pelajar baharu mengetahui tentang politeknik dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.

4 x minggu pertemuan bersemuka:

Pelajar wajib hadir ke kelas di PMKu atau berada di lokasi yang ditetapkan untuk aktiviti luar. Pertemuan bersemuka adalah bersifat fleksibel mengikut keadaan. 

12 x minggu atas talian:

Pengajian berlangsung di atas talian dan pelajar boleh berada di mana-mana sahaja tetapi perlu mengikuti kuliah dalam tempoh yang ditetapkan. P&P atas talian dilaksanakan di Portal e-Learning Politeknik atau CIDOS. Kata nama, kata laluan dan cara-cara penggunaan penggunaan CIDOS akan ditunjuk ajar oleh pegawai PMKu semasa MTS. Selain CIDOS, perisian dan aplikasi atas talian yang lain, juga digunakan. 

Minggu Peperiksaan:

Pelajar wajib hadir ke PMKu pada Minggu 17-18 untuk menduduki peperiksaan mengikut tarikh kertas peperiksaan kursus masing-masing.

   

* tertakluk pada perubahan

 

 


JPH Logo   Feel free to browse our department weblog [link] and activities photo gallery [link]