Klik untuk Pengenalan JPH | DHF | DUP |
Tel.: +609 565 9000 / 9099
PROGRAM DUP SECARA PEMBELAJARAN TERADUN, SEPENUH MASA DAN LUAR KAMPUS
Politeknik METrO Kuantan (PMKu) pada hari ini berusaha mengorak langkah ke hadapan dalam mentransformasikan bidang pendidikan Politeknik Malaysia dengan mengemukakan cadangan pelaksanaan Program Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) secara pembelajaran teradun (blended learning) sepenuh masa dan pengajian luar kampus (off campus). Ringkasnya, Program BLOC-DUP.
Cadangan pelaksanaan ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dalam Lonjakan ke-9 : Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (GOL), Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) dan Polisi ePembelajaran Politeknik (PePP).
Definisi operasi (OD) Mod Blended atau pembelajaran teradun yang di gunakan adalah merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan 30% - 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka (CAP eLearning 2014, KPM).
Konsep Pembelajaran Teradun yang ingin diamalkan di semua PoliteknikPoliteknik Malaysia akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. JPP berdasarkan keputusan CAP ePembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian menggunakapakai pendekatan Pembelajaran Teradun. Pelaksanaan ini akan bermula dari 2014.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN TERADUN
1) Menyesuaikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran selaras kehendak Dasar ePembelajaran Negara dan Pendidikan abad ke-21.
2) Mengamalkan pendidikan yang mengetengahkan kemahiran pengurusan kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.
3) Membudayakan amalan literasi digital bagi semua warga akademik institusi.
KOMPONEN PEMBELAJARAN TERADUN
1) LO (Learning Object)
2) e-Notes
3) e/Collaborative Classroom
4) Complementary e-Contents
5) Practical
RINGKASAN DEFINISI PROGRAM BLOC-DUP
1) Pembelajaran Teradun (Blended Learning)
> Tradisional (Bersemuka) + Atas Talian (online)
> 30% - 80% kandungan = Atas Talian
> 70% - 20% kandungan = Bersemuka
2) Sepenuh Masa (Full-Time)
> Yuran pengajian sama dengan pelajar konvensional
> Tempoh pengajian selama 3 tahun
3) Luar Kampus (Off-Campus)
> Pembelajaran di luar kampus secara atas talian
> Berlaku di mana-mana sahaja
CIRI-CIRI PROGRAM BLOC-DUP
1) Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara pertemuan bersemuka dan atas talian
2) P&P ‘pertemuan bersemuka’ selama 4 minggu à Minggu 1, 8, 15, 16
3) P&P ‘atas talian’ selama 12 minggu à Minggu 2 – 7 dan Minggu 9 – 14
4) Pelajar sepenuh masa / bekerja
PERMOHONAN KEMASUKAN
Untuk memohon sebagai seorang pelajar program BLOC-DUP di PMKu, sila isi borang atas talian kami [klik sini], atau hadir ke PMKu untuk daftar terus, atau hubungi PMKu: +609 565 9000/9099 bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) kami. Untuk mengetahui syarat kemasukan ke PMKu, sila lawati Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik Malaysia [klik sini].
Maklumat lanjut tentang JPH PMKu, boleh lawati laman blog dan media sosial kami:
1) Blog JPH PMKu : pmkujph.blogspot.com
2) Blog Aktiviti JPH PMKu : pmkujph-activity.blogspot.com
3) Facebook PMKu : www.facebook.com/PoliteknikMETrOKuantan
* tertakluk pada perubahan
Feel free to browse our department weblog [link] and activities photo gallery [link]