• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Selasa 19 Mac 2024
Malay English Thai
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Klik untuk Pengenalan JPH | DHF | DUP |

Tel.: +609 565 9000 / 9099

 

 

PENGENALAN JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI

Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi yang paling pesat berkembang di Malaysia. Penghasilan dan pertumbuhan produk pelancongan telah mewujudkan peluang-peluang kerjaya yang luas dalam industri. Matlamat industri adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menetapkan satu tahap yang cemerlang dan berkualiti. Seseorang itu mestilah berwibawa bukan sahaja dalam kemahiran teknikal tetapi juga dalam kemahiran interpersonal. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MoHE) telah memperkenalkan kursus pelancongan dan hospitaliti ke dalam program pendidikan Politeknik Malaysia sejak tahun 1998. Salah satu politeknik yang menawarkan program ini adalah Politeknik METrO Kuantan (PMKu) di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti atau JPH di PMKu terdiri daripada dua (2) program: Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) (DHF), dan Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP), yang mana pelajar akan menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun. Program-program ini adalah selaras dengan tuntutan kerjaya dalam industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia pada masa ini. PMKu mula mengambil pelajar pertamanya pada tahun 2011 pada sesi semester Jun untuk program DHF, diikuti dengan program DUP pada sesi semester Disember. Selain dari itu, JPH PMKu juga menawarkan Kursus Secara Sambilan Politeknik (KSS) dalam program: Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) (DHF) berdasarkan jumlah permintaan.

Setiap pelajar berpeluang menjalani latihan industri yang luas, merangkumi tempoh 20 minggu (5 bulan)* di beberapa buah organisasi pelancongan dan hospitaliti terkemuka di Malaysia atau di luar negara.



Untuk memohon sebagai seorang pelajar di Politeknik Malaysia, sila lawati Portal UPU [klik sini] atau Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik / Bahagian Pengambilan Pelajar [klik sini] atau hubungi PMKu: +609 565 9000/9099 bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) kami. Untuk mengetahui syarat kemasukan ke PMKu, sila lawati laman ini [klik sini].

Maklumat lanjut tentang JPH PMKu, boleh lawati laman blog dan media sosial kami:

1) Facebook PMKu : www.facebook.com/PoliteknikMETrOKuantan

 


* tertakluk pada perubahan

 

VISI & MISI

Visi : Melahirkan tenaga kerja mahir dan mampu untuk mengadaptasi, menerokai dan menerajui bidang pelancongan dan hospitaliti.
Misi : Menjadi sebuah jabatan pendidikan yang unggul dalam bidang pelancongan dan hospitaliti.

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

1. Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) (DHF) [klik sini] - sepenuh masa / KSS
2. Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) [klik sini] - sepenuh masa

Setiap program dilaksanakan dalam 6 semester (3 tahun pengajian) termasuk Latihan Industri di semester akhir.

 

MATLAMAT PROGRAM

Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)
Graduan akan memperoleh pengetahuan, kecekapan, sikap profesional dan kebolehan yang diperlukan dalam penyediaan produk makanan halal dan perdagangan makanan di Malaysia.

Diploma Pengurusan Pelancongan
Graduan akan mempunyai pengetahuan, kemahiran teknikal dan sikap untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi baru dan cabaran dalam bidang pelancongan.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)

Program diploma ini akan melahirkan pekerja separa profesional yang:

(1) dapat menyampaikan pemahaman kritikal berasaskan pengetahuan, berkoordinasi dengan pembangunan kemahiran teknikal yang tinggi dan dipaparkan dengan sikap yang berkualiti dalam Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal); (2) dapat berkomunikasi secara berkesan dan mampu berkemahiran sosial, berkepimpinan tinggi dan bersedia untuk bertanggungjawab ke arah negara dan masyarakat membangun; (3) dapat membangunkan dan menyesuaikan diri beberapa kemahiran utama dan analisis teknikal dalam berurusan dengan penyediaan dan pengendalian makanan halal berdasarkan standard Malaysia; (4) dapat menunjukkan ciri-ciri keusahawanan dan memudahkan keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan diri.


Diploma Pengurusan Pelancongan

Program diploma ini akan melahirkan pekerja separa profesional yang:

(1) dapat menyampaikan pemahaman kritikal berasaskan pengetahuan, berkoordinasi dengan pembangunan kemahiran teknikal yang tinggi dan dipaparkan dengan sikap yang berkualiti dalam bidang pelancongan; (2) dapat berkomunikasi secara berkesan dan mampu berkemahiran sosial, berkepimpinan tinggi dan bersedia untuk bertanggungjawab ke arah negara dan masyarakat membangun; (3) dapat membangunkan dan menyesuaikan diri beberapa kemahiran utama dan analisis teknikal dalam menangani pelbagai permasalahan; (4) dapat menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya yang berjaya.

 

Bagi pelajar PMKu, maklumat lanjut tentang matlamat dan objektif program, boleh didapati di Portal CIDOS : portal.cidos.edu.my

 

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah berasaskan penyampaian syarahan, aktiviti simulasi, main-peranan (roleplay), perbincangan, pembentangan, ceramah, projek dan amali (di makmal komputer, pejabat simulasi, dapur latihan, restoran dan di luar kelas seperti aktiviti acara dan rekreasi) berteraskan sistem pendidikan secara Outcome-Based Education (OBE). Bahasa Inggeris adalah medium utama dalam P&P bagi program DHF dan DUP kecuali bagi beberapa kursus di bawah Unit Pengajian Am (UPA).

Kelas dilakukan pada setiap minggu (Isnin-Jumaat) mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan dan setiap program itu mempunyai komposisi yang berbeza daripada kursus yang ditawarkan seperti kombinasi berikut: wajib, teras umum, teras disiplin dan latihan industri (latihan praktikal / praktikum). Manakala kelas KSS dilakukan pada setiap Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun, pada hari cuti juga kadang kala pelajar hadir untuk menyiapkan tugasan yang diberi seperti acara atau projek.

Penilaian pelajar termasuklah kuiz, ujian bertulis, tugasan, laporan, amali dan sebagainya yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang semester akademik. Penilaian berterusan ini bernilai 50% manakala peperiksaan akhir (bertulis) bernilai 50% daripada jumlah keseluruhan sebanyak 100% atau 100% penilaian berterusan tanpa peperiksaan akhir. Manakala penilaian untuk latihan industri dilakukan oleh penyelia syarikat latihan industri dan pensyarah Politeknik Malaysia (mengikut zon) yang dilantik berdasarkan format penilaian yang ditetapkan.