• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Selasa 19 Mac 2024
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Klik untuk Pengenalan JPH | DHF | DUP |

Tel.: +609 565 9000 / 9047

 

DHF Banner

 

SINOPSIS

Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF) direka untuk memperkenalkan pelajar kepada amalan halal dalam industri perkhidmatan makanan. Program ini menyediakan graduan dengan pemahaman yang luas dalam industri perkhidmatan makanan halal dan kompetensi yang diperlukan seperti profesionalisme dan khidmat pelanggan, asas makanan halal dan industri makanan, standard halal, kebersihan perkhidmatan makanan, pemakanan (nutrition), teori makanan, asas masakan timur dan barat, pengurusan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), perancangan menu, baking dan pastry, undang-undang makanan dan aspek undang-undang, operasi perkhidmatan makanan komersil, operasi dan pengurusan acara, kawalan kos makanan dan minuman, projek, dan pengurusan sumber manusia. Amalan hospitaliti mesra Muslim dan rekabentuk / susun atur untuk kemudahan perkhidmatan makanan juga termasuk dalam program ini.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Bagi pelajar PMKu, maklumat lanjut tentang hasil pembelajaran (learning outcomes) program, boleh didapati di Portal CIDOS : portal.cidos.edu.my

 

SENARAI PENSYARAH YANG MENGAJAR PROGRAM DHF

Pensyarah DHF | DUP | UPA |

 

ANTARA BIDANG PEMBELAJARAN

- Asas Pelancongan dan Hospitaliti
- Profesionalisme dan Khidmat Pelanggan
- Asas Halal dan Industri Makanan Halal
- Kebersihan Perkhidmatan Makanan
- Pemakanan (Nutrition)
- Asas Masakan Timur dan Barat
- Teori Makanan
- Perkhidmatan Makanan dan Minuman
- Pemasaran Pelancongan dan Hospitaliti
- Pengeluaran Makanan Halal
- Standard Halal
- Baking dan Pastry
- Prinsip Akauan untuk Pelancongan dan Hospitaliti
- Perancangan dan Rekabentuk Menu
- Rekabentuk dan Susun Atur Kemudahan Perkhidmatan Makanan
- Operasi Perkhidmatan Komersil
- Operasi dan Pengurusan Acara
- Kepelbagaian Budaya
- Amalan Hospitaliti Mesra Muslim
- Aspek Undang-undang dan Hukum Makanan
- Kawalan Kos Makanan dan Minuman
- Projek


* Pengajaran dan pembelajaran (P&P) - Bahasa Inggeris
* Peperiksaan - dwibahasa: Bahasa Malaysia & Inggeris

 

ANTARA PROSPEK KERJAYA

- Penyelia Makanan & Minuman (F&B)
- Penyelia Runcit Makanan
- Penyelia Restoran
- Eksekutif Halal (patuh Islam)
- Usahawan dalam industri perkhidmatan makanan
- Penolong Pegawai Katering (Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27)
- Pegawai Penguatkuasa Halal
- Eksekutif dalam industri perkhidmatan makanan
- Inspektor Makanan / Pengawal Pemakanan
- Kakitangan perkhidmatan makanan
- Pengawal Kualiti Makanan dan Minuman
- Kakitangan Jaminan Kualiti Makanan dan Minuman