• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Khamis 28 Mac 2024
Malay English Thai
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

Tel.: +609 565 9010 / 9015

 

Latihan industri merupakan satu-satu kursus wajib yang ditawarkan dalam semua program Politeknik Malaysia. Ia merupakan satu syarat wajib ke atas setiap pelajar Politeknik Malaysia sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan diploma. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang diperlajari di politeknik dan akan ditempatkan di industri selama 20 minggu. Pelajar akan menjalani industri di semester akhir  (LISA) setelah mereka lulus semua kursus dalam kurikulum mereka.

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) menyelaraskan semua aktiviti yang bersangkutan dengan latihan industri pelajar.

Fungsi-fungsi unit ini adalah:

-  Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar.
-  Menyelaraskan lawatan penyelia ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan.
-  Bekerjasama dengan pihak penganjur latihan industri bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dari latihan industri yang dijalani.

 

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI (LI)

 a ) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar; 
 b ) Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan teknologi yang digunakan di industri;
 c ) Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja;
 d ) Mengamalkan nilai atau etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab.

 

BORANG-BORANG UNTUK LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

---- LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI---