• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Khamis 28 Mac 2024
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Klik untuk Pengenalan JPH | DHF | DUP |

Tel.: +609 565 9000 / 9047

 

DUP Banner

 

SINOPSIS

Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) dibangunkan khusus untuk menyediakan liputan menyeluruh bagi pelbagai komponen industri pelancongan dan keperluan khusus bagi aktiviti kecekapan seperti dalam operasi pelancongan dan pengembaraan, pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan kemudahan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi pejabat hadapan dan khidmat interpretasi pelawat. Kecekapan asas lain dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, komunikasi, kesihatan dan keselamatan, pembangunan keusahawanan, keselamatan dan pengurusan risiko, pengurusan taman tema, pengurusan taman dan risiko juga adalah sebahagian daripada program ini. Program diploma enam semester ini meliputi pelbagai kecekapan digunakan dan kebolehan yang berkaitan dengan industri di peringkat pekerjaan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Bagi pelajar PMKu, maklumat lanjut tentang hasil pembelajaran (learning outcomes) program, boleh didapati di Portal CIDOS : portal.cidos.edu.my

 

SENARAI PENSYARAH YANG MENGAJAR PROGRAM DUP

Pensyarah DUP | DHF | UPA |

 

ANTARA BIDANG PEMBELAJARAN

- Asas Pelancongan dan Hospitaliti
- Profesionalisme dan Khidmat Pelanggan
- Geografi Pelancongan
- Pelancongan di Malaysia
- Pelancongan Rekreasi Darat dan Laut
- Teknik Pemanduan Pelancong
- Amalan Pejabat Hadapan
- Jaringan Agen Perjalanan (Global Distribution System)
- Pemasaran Pelancongan dan Hospitaliti
- Operasi Agensi Pelancongan
- Undang-undang Pelancongan dan Hospitaliti
- Operasi dan Pengurusan Acara
- Prinsip Akaun untuk Pelancongan dan Hospitaliti
- Kepelbagaian Budaya
- Ekspedisi Pelancongan
- Prinsip Pengurusan
- Khidmat Interpretasi Pelawat
- Gelagat Pelancong
- Projek Pelancongan
- Pelancongan Berasaskan Komuniti
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pelancongan Lestari


* Pengajaran dan pembelajaran (P&P) - Bahasa Inggeris
* Peperiksaan - dwibahasa: Bahasa Malaysia & Inggeris

 

ANTARA PROSPEK KERJAYA

- Pegawai Pelancongan
- Penyelaras Taman
- Interpreter Alam
- Penyelia Taman Tema
- Penyelian Pelancongan dan Pengembaraan
- Penyelia Kemudahan Rekreasi
- Personel Jualan dan Pemasaran Pelancongan
- Perunding Pembangunan Pakej Pelancongan
- Penyelia / Penyelaras Pengurusan Acara
- Usahawan dalam Perniagaan Pelancongan, Pengembaraan dan Perjalanan
- Penyelia / Pengajar / Fasilitator Program Pelancongan