• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Rabu 24 Apr 2024
Malay English Thai
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

PERUTUSAN PENGARAH

 

 

Assalamualaikum W.B.T 

Selamat datang ke portal rasmi Politeknik METrO Kuantan (PMKU), Pahang. Saya amat mengalu-alukan kunjungan anda ke portal rasmi kami.
Tujuan portal rasmi ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium perhubungan di antara anda dengan PMKU.

 

PMKU merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan untuk memperluaskan peluang pendidikan
kepada masyarakat setempat.PMKU merupakan Politeknik METrO yang kedua dan secara rasminya merupakan politeknik yang ke-29 ditubuhkan
di Malaysia. PMKU mula beroperasi pada tanggal 1 April 2011 dibangunannya yang terletak di tengah-tengah pusat komersial bandar Kuantan.

 

Membawa konsep METrO iaitu Maximising Education and Training Opportunities, PMKU ditubuhkan untuk memenuhi kehendak
sosioekonomi masyarakat tempatan dan wilayah yang berorientasikan perkhidmatan dan teknologi. Di samping itu, menjadi tanggungjawab
PMKU untuk melahirkan graduan yang berpotensi serta mampu bersaing di arena kerjaya. Dalam usaha memenuhi halatuju Transformasi
Negara dan menjana Modal Insan, PMKU diharap dapat memberi peningkatan dan pemerkasaan ke arah mentransformasikan kualiti
pengajian tinggi ke tahap yang terbilang.

 

Terdapat dua program utama yang bakal ditawarkan di PMKU iaitu Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan Diploma Pengurusan
Pelancongan. Program pengajian yang ditawarkan PMKU adalah secara pembelajaran sepenuh masa dan berteraskan Work-Based Learning (WBL).
Mulai 2014, PMKU akan mula menawarkan program secara sambilan untuk memberi peluang kepada golongan pekerja yang ingin melanjutkan
pengajian sambil bekerja.

 

 PMKU sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang khidmat nasihat dan maklum balas kepada anda semua.Semoga portal rasmi PMKU ini dapat

 memberikan maklumat kepada anda yang ingin mengenali dan berminat untuk menyertai kami di PMKU.

 

Sekian, terima kasih

 

Wassalam

 

LT. KOL. BERSEKUTU (PA) ROSLI BIN ZAINUDDIN. AMP

Pengarah

Politeknik METrO Kuantan

Pahang