• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Selasa 24 Okt 2017
Malay English Thai
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

PEPERIKSAAN

Tel.: +609 565 9030 / 9046

 

Unit Peperiksaan (UPEP) ialah satu unit yang bertanggungjawab menyiapkan kertas peperiksaan akhir semester, memproses keputusan penilaian selepas semester pengajian berakhir dan menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian.

 

OBJEKTIF

-  Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula;
-  Memproses keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir; dan
-  Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian satu (1) minggu sebelum majlis konvokesyen.

 

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PEPERIKSAAN

-  Urusan Penyediaan Kertas Peperiksaan;
-  Urusan perlaksanaan Peperiksaan Akhir;
-  Urusan Pemprosesan Keputusan Penilaian;
-  Urusan Pensijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar;
-  Urusan Penguatkuasaan Peraturan Penilaian; dan
-  Urusan Pentadbiran Unit Peperiksaan.

 

KAEDAH PENILAIAN

Sistem Penilaian Mata adalah  Sistem penilaian yang digunakan di Politeknik Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Sistem Nilai Mata yang berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi seseorang pelajar di dalam sesuatu kursus.

Mengikut sistem ini mata bagi sesuatu modul dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam sistem gred. Satu ukuran prestasi digunakan bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM). PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan purata pencapaian akademik seseorang pelajar dalam semua semester yang telah dilaluinya. (Sila rujuk buku Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).

 

KAEDAH PENILAIAN BERTERUSAN (PB) DAN PENILAIAN AKHIR (PA)

1.  Bagi modul am dan modul yang tidak melibatkan PA, penilaian dibuat secara 100% PB.
2.  Bagi modul yang melibatkan PA, penilaian berdasarkan kepada 50% PB dan 50% PA.
3.  PB boleh terdiri daripada:

     -  Kuiz: ujian ringkas yang diberikan pada waktu kuliah selepas tamat sesuatu topik pengajaran;
     -  Tutorial: latihan yang diberikan semasa kelas bimbingan;
     -  Ujian: pengujian yang agak menyeluruh diberikan selepas beberapa topik selesai diajar;
     -  Tugasan/Kerja Kursus: topik atau masalah tertentu yang perlu diselesaikan oleh pelajar;
     -  Makmal/Bengkel/Projek: laporan berkaitan yang dihantar oleh pelajar; dan
     -  PA semester biasanya diadakan 2 minggu sebelum tamat semester berkenaan.