• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Jumaat 02 Okt 2026
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Tel.: +609 565 9000 / 9023

             

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan, disiplin dan pembangunan sahsiah

pelajar. Pengurusan unit ini dibahagikan kepada tiga unit supaya peranan tersebut dapat diuruskan dengan sempurna.

 

UNIT PENGAMBILAN DAN DATA

♦ Peranan unit adalah berkaitan dengan urusan;

♦ Melaksanakan dasar dan tugas pengambilan pelajar baharu;

♦ Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar senior;

♦ Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar;

♦ Pengurusan sistem pengkalan data peribadi pelajar (SPMP);

♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9023 / 010-540 9483.

 

UNIT DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB

Semua pelajar politeknik adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib) 1976 dan unit ini dipertanggungjawab untuk:

♦ Membuat perancangan dan memastikan prosedur pengurusan disiplin pelajar dipatuhi.

♦ Berperanan mengurus hal berkaitan dengan perbicaraan pelajar di bawah Akta tersebut.

♦ Menguatkuasa lain-lain peraturan yang berkaitan dengan pelajar.

♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9041.

 

UNIT KEBAJIKAN, PINJAMAN, BANTUAN KEWANGAN DAN BIASISWA

Antara tangungjawab unit ini termasuklah:

♦ Membantu pelajar bagi perkara yang berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan 

♦ Menguruskan insurans berkelompok pelajar

♦ Menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar

♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9077 / 09-565 9048.

 

PENYELARAS NON-RESIDENT PELAJAR

Antara tangungjawab unit ini termasuklah:

♦ Membantu pelajar bagi urusan kediaman sewa pelajar. 

♦ Menguruskan hal-hal kebajikan dan keselamatan yang melibatkan pelajar yang tinggal di     kediaman sewa.

♦ Memantau disiplin pelajar yang tinggal di kediaman sewa. 

♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9078.

    

PERMOHONAN MENJADI PELAJAR PMKu

Untuk memohon sebagai seorang pelajar di Politeknik Malaysia, sila lawati Portal UPU [klik sini] atau Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik / Bahagian Pengambilan Pelajar [klik sini] atau hubungi PMKu: +609 565 9000/9023 bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) kami. Untuk mengetahui syarat kemasukan ke PMKu, sila lawati laman ini [klik sini].