• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Selasa 19 Mac 2024
Malay English Thai
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan ICT.

 

Objektif

Memberi perkhidmatan ICT untuk aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Metro Kuantan. 

Fungsi

1. Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi,    pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT.

2. Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan.

3. Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di Politeknik METrO Kuantan.

4. Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi.

5. Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk Politeknik METrO Kuantan serta memastikan keselamatan dan integriti data

6. Memberikan khidmat sokongan bagi memastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.