SOALAN-SOALAN LAZIM
SOALAN 1
Apakah Program Pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik METrO Kuantan (PMKu) ?
Dua (2) program pengajian yang ditawarkan oleh PMKu di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) iaitu:
1. Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) (DHF) [klik sini] - sepenuh masa / secara sambilan (KSS) dan;
2. Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) [klik sini] - sepenuh masa
SOALAN 2
Bagaimanakah proses permohonan kemasukan ke politeknik dilakukan ?
Untuk memohon sebagai seorang pelajar di Politeknik Malaysia, sila lawati Laman Pendaratan UPU (UPU Online) [klik sini] atau Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar | Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) [klik sini] atau hubungi PMKu: +609 565 9000/9099 bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) kami.
SOALAN 3
Berapakah kos yuran pengajian bagi setiap program di PMKu ? *
Setiap semester pelajar dikehendaki membayar yuran pengajian sebanyak RM200 DAN bayaran pelbagai mengikut keperluan pengajian pada setiap semester. Pemberitahuan bayaran akan dimaklumkan kepada pelajar melalui surat / atas talian sebelum setiap semester baharu bermula.
SOALAN 4
Adakah PMKu menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar ?
TIDAK. PMKu ditubuhkan tanpa kemudahan asrama. Maklumat lanjut terkini berkaitan rumah sewa di sekitar bandar Kuantan bolehlah rujuk media sosial Facebook PMKu [klik sini].
* tertakluk pada perubahan