• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
Selasa 19 Mac 2024
Malay English Thai
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

 

PENGENALAN PMKU

 

     Politeknik METrO Kuantan (PMKU) memulakan operasi pada tanggal 1 April 2011 di kampusnya yang terletak di tengah-tengah pusat
komersial Bandar Kuantan. Institusi ini merupakan salah satu pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian dalam bidang
perkhidmatan, sesuai dengan keperluan serta permintaan pihak industri masa kini.

 

     PMKU ialah Politeknik METrO yang ke dua (2) ditubuhkan seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya
saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh
dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik.

 

     Semua Politeknik METrO hanya menawarkan dua program pengajian sepenuh masa. PMKU menawarkan 2 program
pengajian iaitu Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Di samping itu, PMKU
juga bakal menawarkan kursus-kursus terlanggan dan kursus pendek di bawah Program Pengajian Sepanjang Hayat (PSH)
berdasarkan keperluan masyarakat setempat.